Sunday, 27 November 2016

J.O.M Teroka Al-Quran

Jom teroka Personaliti al-quran:

Mempunyai 30 juz/ bab, 60 HIZB. Memiliki 114 surah yang dimulai dengan surah al-fatihah dan diakhiri dengan surah an-nas. Quran yang terbaik adalah yang mempunyai 15 lines/ baris untuk 1 mukasurat. 6236 ayat menurut pendapat hafsh. Dan mempunyai 604 halaman bercetak.

Jika anda mahu menghafaz, sebaiknya carilah al-quran yang mempunyai terjemahan dan hurufnya besar (saiz quran) supaya kesalahan dapat dikurangkan dalam bacaan. Tips bagi yang ingin menghafaz al-quran, anda digalakkan menggunakan hanya satu al-quran sahaja sepanjang tempoh hafalan. KENAPA? Supaya memudahkan anda mengingati kembali bacaan sekiranya hafalan hilang.

Hafalan al-quran bukan semata2 hafalan membuta tuli. Anda wajar menguasai makna setiap ayat supaya hafalan seiring dengan hati & akhlak. Rasai bagaimana wahyu Allah turun kepada nabi melalui ayat yang kita hafal. Cuba Khusyuk dan hadirkan hati anda. Ustaz kami pernah berpesan, biasakan diri menghafaz di tempat sunyi dan di tempat yang bising. Persekitaran kita tidak selamanya aman. Jadi bersedialah mental dan fizikal untuk waktu yang datang. Setakat ini dahulu..I’Allah ada sambungan.

Teknik hafazan al-quran buat anda:)

Teknik hafazan al-quran:

Kami diwajibkan menghafaz sebanyak 1 maqra’ (1, 1/2 page) atau bahasa senang, bunga -ke-bunga quran. Ini cara yang kami buat untuk menghafal ayat2 baru:

1) bahagikan separuh @1/3 dari 1 muka.

 Bahagikan 1 mukasurat al-quran dengan 3 bahagian. Pastikan tempat pembahagian berhenti pada
 Tanda wakaf. Boleh tanda menggunakan pensil. Tidak digalakkan menggunakan dakwat yang kekal. Mulakan hafazan pada bahagian 1/3 yang pertama. Guna teknik hafaz ayat 1, dan ayat 2. kemudian, Ulangi kembali hafalan dari ayat 1-2, sambung hafalan ayat ke 3.kemudian ulang dari ayat 1-3. sambung sehingga anda habis 1/3 mukasurat. LANCARKAN. Barulah sambung bahagian 2/3
 mukasurat dan dan bahagian 3/3 mukasurat.

 
2) lancarkan 20x/ sampai lancar

  
    baca dulu 1 muka bagi lancar, lepas 2 baru start hafal.. Hafal ulang satu ayat 10 kali,, dah ingat alih     ayat seterusnya.. egt ayt kedua pastu ulang balik ayat pertama sambung ayat kedua batu hafal   
    ketiga sampai habis satu muka.. after that, tutup quran baca dari awal sampai akhir.. last bagi 
    kawan dengar.. sekian✅

3) hafaz satu-satu ayat.

 Baca ayat pertama sebanyak 5x =melihat al-quran. Kemudian, pejam mata @tutup al-quran   
 sambil cuba mengingati kembali ayat yang dibaca sambil melihat al-quran tadi. Cuba, usaha. Dan teruskan dengan ayat yang kedua dan seterusnya dengan menggunakan teknik yang sama.

 4) Baca satu2 ayat smpai lancar termasuk betulkan tajwid dan makhraj. Baca sebyk yg mgkin pling kurg 5 kali shgga lancar btul2. Kemudian bca tafsir ayat, dan fhmkan ayat quran dgn tafsirnya. Hafaz satu2 ayat shgga ingt sekali dgn mkna quran. Ulang lgkah tu smpai ingat sume ayat yg nk dihafal, in shaa Allah.


# pastikan anda tasmik (semak semula) bacaaan dengan sahabat anda selepas berjaya menghabiskan hafalan 1 mukasurat tersebut. Jika ada kesalahan tajwid @ huruf tertukar, bulatkan menggunakan pensil n hafal semula ayat tersebut.

#habiskan hafalan 1 mukasurat tanpa diselangi berbual, makan, tidur yang lama, buat homework, mandi dan sebagainya (yang mengambil masa yang lama). jika ia berlaku, akan kurang nilai kualiti dalam hafalan anda. TAK PERCAYA? cubalah rasai...


CARA MENGULANG HAFAZAN 30 JUZ

Quran mempunyai 30 juz al-quran. Bahagikan 30 juz sebanyak hari 7/minggu. Sebolehnya 5 juz sehari.

Bil.
Hari
juz
1.
isnin
26-30
2.
selasa
21-25
3.
rabu
16-20
4.
khamis
11-15
5.
jumaat
6-10
6.
sabtu
1-5
7.
ahad
?

5x6=30juz. oleh demikian, akan ada balance sehari iaitu hari ahad (?). kebiasaannya, aku akan jadikan hari tersebut sebagai hari menghafaz juzuk yang masih tidak kemas/ tak masyi/ yang masih tak lancar. Pastikan tiada hari tanpa al-quran di bibir.

Oh lupa. Aku mulakan hari isnin sebagai permulaan hari minggu sebab aku belajar di area selangor. Bila aku balik kampung di terengganu, aku akan tukar permulaan hari minggu dengan hari ahad. Ini bergantung atas masing-masing keselesaan.

Bagi bahagian juzuk, mulakan dengan 5 juzuk terakhir(26-30) pada minggu pertama. Kemudian, mulakan dengan 5 juzuk terawal (1-5) pada minggu kedua.

Di sebalik tips semua ini, hanya satu sahaja yang perlu ada iaitu ISTIQOMAH. Tiada yang terjadi melainkan usaha yang berterusan. Kau rancang tapi xbuat, maka jadual tu x berfungsi. Macam perumpamaan “ kau penghafaz, tapi kalau kau tidak ingat al-quran maka tiadalah fungsi title tu pada kau!”. 

Thursday, 31 December 2015

~~PSIKOLOGI: S & T~~









Fakulti mental: dipelopori oleh ibnu sina
TUJUAN:
-memotivasikan manusia.
-Menerangkan persamaan dan perbezaan antara tumbuhan, haiwan dan manusia.

Ibnu sina mengkategorikan soul kepada 3 iaitu:
1~Jiwa / roh Rasional (rational soul)
2~Jiwa sensitif  (sensitive soul)
3~Jiwa pembiakan / pertumbuhan (vegetative soul)


1- jiwa rational (rasional soul)
* Rasional soul = manusia sahaja.
* Mempunyai akal yang boleh berfikir tentang seluruh kehidupan dalam alam ini dan   mempunyai 
akal yang praktikal. 
* Boleh menyusun atau merancang aktiviti kehidupan seharian.


2- jiwa sensitif (sensitif soul
* Dimiliki = manusia + haiwan.
* Ada 3 pecahan:
               i) selera makan
              ii)rasa dalaman/ interior sense
              iii)rasa luaran/ exterior sense

*selera makan:
Manusia dan haiwan mempunyai nafsu makan yang sama. Makan adalah perkara yang  menyeronokkan. Makan adalah satu perkara yang menghilangkan kesakitan. Apabila nafsu ini tidak dipenuhi, manusia dan haiwan cepat mnjadi pembengis, marah, dan berubah menjadi watak negatif.

rasa dalaman/ interior sense:
Manusia dan haiwan mempunyai rasa dalaman yang sama. Antaranya mengumpul kembali / recollect iaitu mempunyai gerak hati yang tersendiri berdasarkan pengalaman yang lalu. Selain itu, kedua-dua hidupan ini mempunyai memori yang berfungsi menyimpan gerak hati berdasarkan ramalan. 
Seterusnya, ramalan. Mempunyai gerak hati tentang perkara yang baik dan bahaya. Manusia 
mempunyai akal yang mampu berimaginasi secara kreatif. Haiwan pula mempunyai daya cantuman
 imaginasi yang baik. Kedua2 manusia dan haiwan mempunyai kebolehan menyimpan atau copy
 paste sesuatu objek di dalam minda. Kedua2nya juga mempunyai common sense, iaitu mampu 
menggabungkan lima deria (penglihatan, pendengaran, hidu, sentuhan, dan rasa lidah).

*rasa luaran /exterior sense:
Manusia dan haiwan mempunyai lima deria yang sama iaitu; pendengaran, penglihatan, hidu(bau), 
sentuhan, dan rasa melalui lidah.

3- jiwa pembiakan /pertumbuhan (vegetative soul)
  * Dimiliki = manusia+ haiwan+ tumbuhan.
  * Ketiga-tiga hidupan ini memerlukan persenyawaan, pertumbuhan, dan pemakanan yang mencukupi untuk 
kelangsungan hidup.

 Apakah yang dimaksudkan dengan "Neo-Platonized Christian orthodoxy"?

St. Bonaventure merupakan pengasas fahaman neoplatonisme christian ortodoxs. Fahaman ini 
mengatakan bahawa roh+jasad =suatu elemen yangberbeza (dualisme). Roh adalah suatu spiritual 
matter dan berpisah dari body. Manakala jasad adalah sesuatu yang bersifat sensitif dan berbentuk 
tumbuhan (perlukan tumbesaran, makanan,pembiakan) untuk kelangsungan hidup. Dinamakan 
neoplatonisme christian ortodoxs kerana fahaman ini mengikut pendekatan PlatoAugustine dan 
fahaman ini juga selari dengan ajaran christian ortodoks dan ahli mistik.

Thursday, 10 December 2015

SINTESIS KREATIF-PSIKOLOGI


Sintesis kreatif


Maksud sintesis:

Ø Kemahiran yang boleh menggabungkan elemen-elemen dan bahagian-bahagian untuk membentuk satu set maklumat,
Ø Melibatkan proses menyusun dan membuat kesimpulan.
Ø Lebih bersifat pemikiran luas dan kreatif.
Ø Menyusun gejala-gejala jiwa dari unsur-unsur pangkal iaitu tanggapan.
Ø Melibatkan proses menyusun, merancang, merangka, mengkonsepkan, mencantumkan, mentafsir, merumuskan apa yang dianalisa dan membuat modifikasi/ perubahan. 
(Rustaman, 2003:44).

 Kreatif:

*Suatu keadaan di mana seseorang individu atau sekelompok manusia atau sesebuah 
organisasi memahami, mengetahui dan mampu mengaplikasikan daya kreativiti serta 
membentuk sesuatu yang baru (inovasi).


Sintesis kreatif: 

Wundt menyatakan adanya schopferische synthese (sintesis yang kreatif/mencipta).
Iaitu setiap gejala psiki yang majmuk mempunyai lebih daripada penjumlahan elemen-elemen, dan memiliki sifat-sifat atau ciri-ciri baru yang tidak dimiliki oleh elemen-elemen tadi., dalam kesedaran manusia itu muncul terlebih dahulu satu gambaran
keseluruhan, dan gambaran keseluruhan muncul terlebih dahulu daripada bahagian-bahagiannya.
Penyatuan unsur-unsur atau bahagianbahagian ke dalam bentuk menyeluruh disebut 
sintesis.Berfikir berdasar pengetahuan hafalan, berfikir pemahaman, berfikir aplikasi, dan 
berfikir analisis dapat dipandang sebagai berfikiran kreatif.
Berfikir sintesis adalah cara untuk mengembangkan berfikir kreatif. Seorang  kreatif akan menemukan atau menciptakan sesuatu. Kreativiti juga datang dengan cara berfikir secara 
kritikal. Dengan kemampuan sintesis, seseorang akan menemukan hubungan sebab, 
urutan tertentu, interaksi dari suatu fenomena (Dharma, 2008).

Contoh sintesis kreatif:

1) kita melihat sebuah kereta, kita tidak melihatnya sebagai susunan lampu, kaca, pintu, 
enjin, dan lain2, melainkan kita melihatnya sebagai sebuah kereta, Karena itulah,
meskipun kereta itu kita lihat dari depan, belakang, tepi, dekat, jauh, dalam gelap, dan 
sebagainya, selalu kita tangkap sebagai kereta, tidak sebagai benda lain.
2) kalau beberapa lampu kita letakkan berderet dan dinyalakan berganti2 dengan cepat, maka kita tidak akan melihat lampu-lampu itu menyala berganti-gantian, melainkan kita akan melihat sebuah cahaya yang bergerak. Gejala ini disebut 
Phi Phenomenon yang sering kita lihat pada lampu-lampu hias.
4) Kita melihat baju itu sebagai pakaian. Kita tidak melihatnya sebagai percaan kain,
benang lace, manik dan sebagainya. Kita melihat pakaian itu selepas berlaku beberapa 
cantuman yang membentuk satu bahan/ alat.

Apa itu NEOPLATONISM?
Neoplatonisme adalah nama yang diberikan untuk garisan falsafah agama yang mistik yang 
mengambil bentuk dalam abad ke-3. Ia telah diasaskan oleh Platonisme, seorang ahli falsafah di abad 
pertengahan, berdasarkan pengajaran Plato. Disebut Neoplatonisme kerana pada asalnya Plotinus 
merujuk pada ajaran Yang Satu (The One). Neoplatonisme merupakan pembaharuan ajaran Plato 
dengan diperkayakan dan disesuaikan dengan keperluan zaman tersebut. Neoplatonism dipandang 
sebagai usaha terakhir rohYunani untuk menentang agama Kristian yang sedang tumbuh.

 Dualisme Plato adalah perkara yang ditekankan dalam Neoplatonisme. Maksudnya untuk 
menekankan bahawa “Tuhan” menjadi asas segala “yang ada” dan menjadi asal bersama dari segala 
sesuatu, baik yang dapat diamati mahupun tidak, serta menjadi tujuan terakhir segala sesuatu yang 
ada.

Siapakah pengasas utama?
Ammonius Sakkas dari Alexandria adalah antara pencipta Neoplatonisme, tetapi ia tidak terkenal 
seperti Plotinus. Plotinos adalah seseorang yang mengatakan dirinya mendapat ajaran langsung dari Ammonius Sakkas. Dia juga yang membuat penambahbaikan pada aliran Neoplatonisme. Inilah yang membuatkannya lebih masyhur.

  Pengasas aliran Neoplatonism yang lain diketahui adalah Porphyry, Lamblichus chalcidensis,  Proclus Lycaeus, Julian (Penguasa Romawi tahun 361-363), Simplicius, dan Gemistus Pletho.

Idea2 Neoplatonism?
Ada beberapa ajaran Platonisme yang merupakan tambahan terhadap ajaran Plato iaitu:
1- Menjadikan falsafah Plato yang antroposentri yang bersifat pada manusia menjadi falsafah yang 
teosentri yang berpusat kepada “Tuhan”.
2- Penambah roh (nous) pada tubuh manusia. Roh diperlakukan sebagai alat untuk memberikan 
kesedaran kepada jiwa. Roh sebagai jambatan dalam mendapatkan pengetahuan yang lebih dari 
pengetahuan tentang benda-benda lain, iaitu idea. Dengan kata lain, roh merupakan perkara utama 
dalam hubungan antara manusia dan Tuhan.
3- Manusia dipandang sebagai makhluk yang kehidupannya didorong oleh usaha untuk “menguasai” keinginan fizik melalui penolakan dunia material dan mencari kebenaran melalui alam dan Tuhan
 (Neoplatonisme)
4- Pengaruh pada pemikiran tentang nilai moral.
5- Pemikiran pada masa Romawi memberi jalan bagi berkembangnya agama kristian. 

Monday, 15 June 2015

Syair 0sem..

Syair ini mgajak kita berfikir tentang khidupan kita di abad akhir zaman ini. Its about yr work, yr lifestyle, n yr soul. 
Syair yg mgajak kembali ber'tuhan'kn Allah?!
syair yg dikarang oleh Abu Fath al-Basty yg amat popular;

يا خادم الجسم كم تسعى لخدمته
أتطلب الربح مما  فيه خسران؟
  أقبل على النفس، و استكمل فضائلها
.فأنت بالنفس لا بالجسم إنسان

"Wahai pengkhidmat tubuh, berapa banyak engkau telah berupaya berkhidmat utknya.

Apakah engkau mencari keuntungan dari ssuatu yg didlmnya terdapat satu krugian

Menghadaplah pada jiwa dan sempurnaknlah klebihan2nya

Sebab engkau manusia kerana jiwa, bukan kerana fizikal.

~fiqh aulawiyyat ysuf alqardhawi~