Sunday, 27 November 2016

J.O.M Teroka Al-Quran

Jom teroka Personaliti al-quran:

Mempunyai 30 juz/ bab, 60 HIZB. Memiliki 114 surah yang dimulai dengan surah al-fatihah dan diakhiri dengan surah an-nas. Quran yang terbaik adalah yang mempunyai 15 lines/ baris untuk 1 mukasurat. 6236 ayat menurut pendapat hafsh. Dan mempunyai 604 halaman bercetak.

Jika anda mahu menghafaz, sebaiknya carilah al-quran yang mempunyai terjemahan dan hurufnya besar (saiz quran) supaya kesalahan dapat dikurangkan dalam bacaan. Tips bagi yang ingin menghafaz al-quran, anda digalakkan menggunakan hanya satu al-quran sahaja sepanjang tempoh hafalan. KENAPA? Supaya memudahkan anda mengingati kembali bacaan sekiranya hafalan hilang.

Hafalan al-quran bukan semata2 hafalan membuta tuli. Anda wajar menguasai makna setiap ayat supaya hafalan seiring dengan hati & akhlak. Rasai bagaimana wahyu Allah turun kepada nabi melalui ayat yang kita hafal. Cuba Khusyuk dan hadirkan hati anda. Ustaz kami pernah berpesan, biasakan diri menghafaz di tempat sunyi dan di tempat yang bising. Persekitaran kita tidak selamanya aman. Jadi bersedialah mental dan fizikal untuk waktu yang datang. Setakat ini dahulu..I’Allah ada sambungan.

No comments:

Post a Comment